Vitamin dan
mineral adalah penting untuk keperluan seharian untuk hidup sihat dan tanpa bahan-bahan tersebut, kita tidak
boleh berfikir atau bernafas, apatah lagi mencerna makanan atau berjalan-jalan
di taman yang penuh dengan bunga indah serta arnab-arnab gemuk yang berlari
berkejaran. Satu pemandangan yang indah bukan!
Bersiar-siar di taman legakan stress
Kebanyakan daripada kita tidak
mengamalkan makanan yang seimbang,kurang berzat dan dalam jumlah yang cukup
untuk keperluan tubuh badan. Makanan laju (baca : fast food) sudah pasti
menjadi pilihan dikala malas atau terlampau sibuk dengan kerja seharian.
Natijahnya, badan jadi lemah lesu,kurang bertenaga dan amat mudah letih dan
penyakit akan mudah datang sekiranya hal ini berterusan.
Mampu mengada iman yang teguh...!
8 Sebab Kenapa
Perlu Makan Vitamin
1) Masalah Penghadaman
·
Jika
anda mengunyah makanan ibarat pelari pecut Watson Nyambek maka itu merupakan alasan
yang kukuh untuk mengatakan “ YES” untuk vitamin. Tabiat anda yang mengunyah
laju menyebabkan partikel makanan yang lebih besar lalu mengurangkan penyerapan
nutrisi oleh badan.
2) Kopi
dan Teh
·
Sekiranya
anda pengemar kopi dan teh yang tegar maka beringatlah sebelum terkena.
Kandungan kafein di dalam kopi dan teh mampu menghalang penyerapan nutrisi ke
dalam badan kita. Bahkan kafein juga sekiranya diminum dengan banyak mampu
mengurangkan rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral
menjadi kurang. Tapi teh dan kopi kan sedap…
Pagi-pagi menikmati kopi panas yang melegakan
3) Alkohol
·
Pengambilan
alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas
iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan
alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin
B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A,
Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
4) Merokok
Buat
perokok dan penghidu asap rokok, anda sememngnya terdedah dengan bahaya
kekurangan nutrisi. Amalan merokok boleh menyebabkan hakisan pada saluran
penghadaman dan menyebabkan badan memerlukan vitamin C yang banyak untuk
membaiki dinding sel yang rosak.
Everyone can smoke...
5) Pengamalan
Diet yang Pelik!
·
Ramai
diluar sana yang mengamalkan pemakanan diet tanpa mendapat nasihat daripada
yang pakar. Kebanyakan diet mereka mengakibatkan kekurangan nutrisi seperti
lemak sihat yang diperlukan oleh vitamin larut lemak( Vitamin A,D,E,K) untuk
berfungsi. Ada juga diet tanpa sayur menyebabkan badan kekurangan vitamin
daripada tumbuhan mahupun serat yang diperlukan untuk pencernaan. Diet tanpa
makanan laut (protein) menyebabkan anda kekurangan vitamin B12 yang boleh
mengakibatkan anemia. Jadi anda memerlukan tambahan protein daripada makanan
tambahan(supplement).
Tiba masanya untuk anda menjaga pemakanan.
6) Makanan Terlebih Masak
·
Kadang-kadang(selalu
la juga) kita memasak sambil termenung. Teringat cerita jiran beli perabot baru
sehingga sayur kita masak terlalu lama sehingga kehitaman. Perbuatan memanaskan
semula makanan daging ataupun sayur juga boleh memusnahkan vitamin B,C dan E
yang terkandung dalam makanan kita.
Terlebih masak la pulak...
7) Makanan Tin
·
Nak
cepat punya pasal, makanan dalam tin sudah pasti menjadi pilihan utama.
Sebenarnya nutrisi makanan tin bersebut sudahpun berkurangan akibat penyimpanan
yang lalu lama.
8) Makanan segera
·
Tahukah
anda kandungan gula,garam,karbohidrat yang tinggi dalam makanan segera
menyebabkan badan kita memerlukan vitamin B yang lebih untuk mencerna makanan
segera kegemaran kita tersebut. Bahkan nutrisi dalam makanan segera tersebut
belum terjamin ada walaupun iklannya tertulis “kaya dengan zat dan protein”.
"Maggi" satu jenama yang lejen sejak berzaman
10 Vitamin Yang
Perlu Menjadi Pilihan Wajib Anda
1) VITAMIN B1 (thiamine)
Sumber yang
terbaik vitamin B1 adalah daripada biji bunga matahari. Jangan pula lepas ini
anda pergi cabut bunga matahari di taman. Tujuan utama vitamin B1 dalam tubuh
adalah untuk membantu badan anda menggunakan karbohidrat yang anda ambil setiap
hari untuk menukarkannya kepada tenaga. Satu lagi tujuan utama nutrien ini
adalah untuk menggalakkan sistem saraf yang sihat dan membantu mengekalkan
penghantaran saraf yang betul di seluruh sel-sel.
2 ) VITAMIN B2 (riboflavin)
Satu lagi
variasi vitamin B, riboflavin membantu badan memecahkan dan memproses tiga
makronutrien (protein, karbohidrat, dan lemak), serta menggalakkan warna kulit
yang sihat. Boleh la anda menjadi model. Untuk Dapatkan : Satu sumber yang baik
vitamin B2 adalah hati anak lembu, yang membekalkan anda lebih 100% daripada
keperluan harian anda, tetapi kerana kebanyakan orang tidak akan rela makan
makanan ini, susu adalah sumber yang paling popular untuk sumber riboflavin.
Satu gelas susu akan menyediakan hampir 30% daripada keperluan harian anda,
jadi ini adalah cara yang mudah untuk memastikan anda mendapat cukup vitamin B2.
Segelas susu mampu memberikan anda tenaga!
3 ) VITAMIN B3
(Niacin)
Niacin adalah vitamin B ketiga dan juga
memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga dan mengekalkan sistem
saraf. Di samping itu, vitamin B3 juga menggalakkan sistem penghadaman yang
sihat. Untuk Dapatkan : Daging dada ayam
adalah sumber yang terbaik dan memberikan 72% daripada keperluan harian anda.
Makanan lain yang mengandungi niasin termasuk tuna,ikan kembong,ikan bawal,aya dan
ayam belanda.
4 ) VITAMIN C
Vitamin C
adalah vitamin yang paling banyak diiktiraf bagi peranannya dalam membantu
melawan selsema. Hal ini disebabkan oleh ciri-ciri antioksidannya yang membantu
memastikan sistem imun anda selamat daripada radikal bebas yang anda hadapi.
Akhir sekali, vitamin C adalah penting untuk mengekalkan tisu penghubung yang
betul di seluruh rawan dan tendon dalam badan. Ramai individu biasanya berfikir
oren apabila untuk vitamin C, tetapi oren sebenarnya mengandungi vitamin C lebih
rendah berbanding strawberi, tauge, brokoli, lada, lobak merah, dan betik, yang
menawarkan lebih 300% daripada keperluan harian anda.
Vitamin C dalam oren sebenarnya amatlah sedikit
5 ) Biotin
Biotin adalah
nutrien yang juga membolehkan badan anda untuk memaksimumkan penggunaan nutrien
lain yang menerima dan akan membantu mengekalkan bekalan darah merah anda. Oleh
kerana badan anda bergantung kepada sel-sel darah merah untuk mengangkut
oksigen ke seluruh badan, Biotin akan menjadi amat penting bagi mereka yang
mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang kerap. Malangnya Biotin tidak
ditemui dengan mudah dalam jumlah yang tinggi dalam banyak makanan, oleh itu
pilihan terbaik adalah memastikan anda mengambil multivitamin yang baik yang mengandungi nutrien ini. Sumber-sumber
makanan boleh didapati walaupun dalam
jumlah yang sangat rendah termasuk hati, kekacang tomato, salad dan badam.
6 ) Asid Folik
Asid Folik
adalah vitamin yang sangat penting bagi wanita yang sedang menunggu atau sedang
hamil kerana dapat membantu untuk mencegah kecacatan kelahiran tiub neural. Di
samping itu, asid folik juga akan membantu dengan penghasilan semula sel-sel
baru dalam badan dan mencegah anemia. Satu cawan kacang merah terbukti menjadi
satu sumber yang sangat baik asid folik dengan menyediakan hampir 90% daripada
keperluan harian anda. Sumber makanan lain nutrien ini termasuk gajus,
asparagus, bayam dan kacang hitam.
Kapten Popeye yang sentiasa makan bayan untuk kuat
7 ) VITAMIN A
Vitamin A, juga
dikenali sebagai retinol, mempunyai fungsi utama untuk memastikan penglihatan
yang sihat dan membantu menjaga sistem kekebalan tubuh badan. Vitamin A juga
memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tulang. Oleh itu, vitamin A adalah
penting untuk individu yang lebih muda untuk memastikan mereka mendapat cukup
nutrisi. Satu daripada sumber terbaik vitamin A adalah lobak merah, secawan jus
lobak merah mampu membekalkan lebih 600% daripada keperluan harian anda.
Selepas itu, sumber-sumber lain yang baik termasuk bayam, ubi keledek dan bunga
turnip.
Vitamin A daripada lobak merah segar
8 ) VITAMIN D
Vitamin D
sering dirujuk sebagai '’vitamin cahaya matahari’’ kerana tubuh kita boleh
memdapatkan vitamin ini apabila berada
dibawah cahaya matahari terutamanya pada waktu pagi. Tujuan vitamin D dalam
tubuh adalah untuk membantu dalam penyerapan kalsium dan fosforus, memastikan
tulang anda menjadi kuat dan sihat. Selain daripada sumber semula jadi cahaya
matahari, vitamin D boleh diperolehi daripada susu dan juga salmon, udang, dan
telur. Segelas susu akan memberikan anda kira-kira 25% daripada jumlah
keperluan anda, jadi susu diminum secara teratur, cara tersebut adalah cara
yang baik untuk mendapatkan kedua-dua kalsium dan vitamin D pada masa yang
sama.
9) VITAMIN E
Vitamin E
adalah nutrien yang bertindak sebagai
antioksidan dalam badan dan membantu untuk menggalakkan sistem imun yang sihat.
Di samping itu, Vitamin E juga membantu aliran darah dan juga memainkan peranan
penting dalam membaiki tisu badan, di samping penting untuk tujuan pemulihan daripada
aktiviti lasak anda. Satu daripada sumber terbaik vitamin E adalah biji bunga
matahari, dengan satu perempat daripada secawan memberikan anda hampir 90%
daripada keperluan harian anda. Sumber-sumber lain yang baik untuk menambah
kepada diet anda termasuk badam, buah zaitun, bayam, betik, dan lobak.
Biji bunga matahari yang kaya dengan Vitamin E
10 ) VITAMIN K
Akhir sekali, vitamin terakhir yang anda perlu
memberi perhatian dalam diet anda adalah vitamin K. Vitamin ini penting bagi
memastikan pembekuan darah anda. Jika anda terluka dan nutrien ini kurang, hal
ini boleh menjadi satu keadaan yang sangat serius. Darah anda akan mengalir
tanpa henti! Beberapa sumber yang sangat baik termasuk bayam, tauge, brokoli,
dan salad.
Sihat Dengan Vivix Shaklee Yang Kaya Dengan Antioksidan Dan Sel Anti-Penuaan Semulajadi.
Apakah itu Vivix?
Vivix ialah sejenis minuman campuran botani revolusi terbaru
di dalam pemakanan polifenol yang terdiri daripada kumpulan fitokimia yang
mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Kandungan berasal
daripada campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Elderberi
Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
· Memperbaiki
DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat
radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix
membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses
tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan
pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada
keadaan asal.
· Memperbaiki
tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh
kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu
menguatkan sel tubuh.
· Membantu
meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua,
semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu
mengembalikan keremajaan.
Kebaikan Vivix Shaklee
o Menggalakan penuaan yg sihat –
awet muda dan anti-penuaan
o Membantu mengelakan kanser –
merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
o Mengurangkan risiko penyakit
jantung – melindungi jantung
o Mengurangkan kompilasi diabetes
/ kencing manis
o Meningkatkan kesihatan arthritis
dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
o Mengurangkan insiden penyakit
nyanyuk - merawat azhameir
o Membantu merawat penyakit parkinson
o Membantu memulihkan penyakit
strok - angin ahmar
o Meningkatkan kesihatan imum
badan
o Menggalakan kesihatan
keseluruhan
Keberkesanan Vivix
Kesihatan kita amat lah berharga. Berjaga-jaga sebelum kita terkena penyakit itu adalah langkah yang paling bijak. Apa salahnya keluarkan duit untuk badan yang sihat. Bukankah sihat itu lebih berharga daripada wang ringgit?
Jadi Apa Yang Anda Tunggu Lagi...!
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya bersedia membantu anda.
No comments:
Post a Comment