5 Cara Hilangkan Lemak Di Perut Supaya Anda Dapat Selfie Dengan Aman


       Masalah lemak di perut merupakan benda yang lumrah bukan? Anda menghadapinya hari demi hari dengan perasaan tabah,tenang,berlapang dada dan gembira. Erk..! Bahkan anda telah mencuba beberapa produk di pasaran sana yang sentiasa menjanjikan janji kayu manis dan membuatkan anda terbeli,termakan tetapi hasilnya tetap sama. Malah rak mak anda di dapur turut dipenuhi jenama-jenama kopi dan teh yang pelik untuk kempiskan perut anda. Malangnya anda belum menjumpai lagi cara yang terbaik untuk hilangkan lemak di perut gebu kesayangan anda itu.

Perut kedepan tanda bahagia? Erk..!


Jika anda mempunyai banyak lemak berlebihan di sekeliling pinggang anda dan perut anda walaupun anda tidak sangat berat, maka anda perlu mengambil beberapa langkah untuk membuangnya. Lemak perut biasanya dianggarkan dengan mengukur lilitan pinggang anda. Atau cara mudah apabila anda bersama-sama dengan rakan, tiba-tiba dia menegur "Eh, bila engkau kawin. perut engkau nampak bahagia.."


5 Punca Lemak Menjadi Kesayangan Perut Anda


1) Anda Makan Terlalu Banyak Makanan Yang Diproses

Bijirin halus seperti roti putih, keropok, dan cip, dan juga gula bertapis dalam minuman dan pencuci mulut yang manis meningkatkan keradangan yang menjadi punca lemak berkumpul dalam badan kita disebabkan makanan tersebut lambat untuk dicerna. Makanan laju (Baca: Fast Food) juga merupakan penyumbang utama lemak perut anda.

Makanan segera antara makanan yang perlu dielak


2) Anda Berangan Hidup Dalam Zaman Harry Potter

Untuk membuang lemak perut yang degil, sememangnya perlu bersenam. Kita bukan hidup di alam fantasi yang hanya menggunakan jampi untuk kurus. Cukuplah percaya dengan penyataan "Tidak Perlu Bersenam Untuk Kurus" dalam iklan yang menarik perhatian anda itu. Hidup ini memerlukan pengorbanan!
Wingardium Levioslim... Kurus lah kamu...!


3) Anda Tertekan! Stress!

Submission last minute,anak-anak tak duduk diam,study last minute,kesesakan ketika pulang kerja itu semua penyumbang kepada tekanan dalam hidup anda. Lantas anda memilih jalan keluar untuk menikmati makanan kegemaran anda berkali-kali dengan alasan untuk "release tension". Satu jalan keluar yang kurang bijak. Stress juga sebenarnya menghalang motivasi anda untuk turunkan berat badan anda. Kecundang ditengah jalan!


4) Tidur Yang Tidak Normal

Perbuatan anda yang berjaga malam sebenarnya memakan diri anda sendiri. Tidur yang terlampau sedikit dan terlampau banyak juga menyebabkan badan anda kurang upaya untuk menjalankan proses pencernaan dan penyumbang kepada pengumpulan lemak yang berlebihan.

Malam-malam jangan jadi Batman...!


5) Anda Malas Dan Kurang Motivasi

Adakah anda komited dengan bebanan dan pengorbanan yang diperlukan untuk kehilangan lemak perut? Sekiranya anda mengambil masa 5 saat untuk menjawab soalan tersebut anda belum bersedia untuk melakukannya.




Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20KG...WOW....!





Cara Hilangkan Lemak Di Perut Anda

1) Elakkan Gula Berlebihan

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa gula berlebihan, kebanyakannya disebabkan oleh jumlah yang besar fruktosa, boleh membawa kepada pengumpulan peningkatan lemak dalam perut.Ini termasuk gula manis daripada minuman, jus buah-buahan, pelbagai minuman sukan pemberi tenaga, serta kopi dan teh dengan gula yang ditambah kepada mereka.

Maniskan senyuman bukan makan benda manis..!


2) Tingkatkan Pengambilan Protein Seharian

Protein adalah makronutrien yang paling penting apabila kita hendak mengurangkan berat badan. Hal ini kerana protein membantu anda berasa lebih kenyang dan seterusnya membuatkan anda kurang makan. Kajian (link) juga membuktikan pengambilan protein mampu mengurangkan risiko lemak di perut berbanding dengan orang tidak mengambil protein.

Kacang soya yang sangat kaya dengan protein

Ambillah sumber protein semulajadi daripada kacang soya, ikan, makanan laut,daging,ayam dan produk tenusu.


3) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat 

Ini adalah cara yang paling berkesan. Ini disokong oleh banyak kajian apabila orang yang mengurangkan karbohidrat, selera makan mereka turun dan mereka kehilangan berat badan.(link).

Mak,saya tak nak makan nasi...!

Kita pula rakyat Malaysia yang sememangnya tidak boleh meninggalkan nasi sebagai makanan ruji kita. Kalau sehari tidak makan nasi hidup kita tidak lengkap bukan? Nasihat saya cuba kurangkan sedikit untuk kempiskan perut anda.


4) Makan Makanan Kaya Serat

Serat makanan sering didakwa mampu untuk membantu menurunkan berat badan. Kenapa serat? Serat mengandungi gentian likat semulajadi yang boleh melambatkan pergerakan makanan dalam perut dan usus kecil dan seterusnya melambatkan pencernaan. Hasilnya, kita akan ada perasaan kenyang yang lebih lama dan selera makan dapat dikurangkan.

Buah-buahan kaya dengan serat

Cara terbaik untuk mendapatkan lebih banyak serat adalah makan makanan berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kekacang juga sumber yang baik, serta beberapa bijirin seperti oat.


5) Lakukan Senaman 

Senaman adalah penting untuk pelbagai sebab. Senaman adalah antara yang terbaik sekiranya anda boleh jadikannya sebagai gaya hidup anda kerana boleh membantu anda mempunyai kehidupan yang lebih sihat. Senaman pada bahagian perut sahaja tidak membantu menghilangkan lemak di perut anda. Lakukan senaman yang melibatkan semua pergerakan bagi merancakkan pembakaran lemak di badan anda.
Jom kita jalan-jalan

Senaman aerobik seperti berjalan, berlari, berenang, dan lain-lain telah terbukti menyebabkan pengurangan besar dalam lemak perut dalam banyak kajian (link). 


Kempiskan Perut Secara Semulajadi Dengan Set Kempis Perut Shaklee

Alternatif bagi anda yang mencari cara semulajadi untuk kurangkan lemak diperut secara HALAL,SEMULAJADI dan BERKESAN anda boleh gunakan strategi Bakar,Buang dan Bina







Perut buncit yang kaya dengan LEMAK bukanlah pilihan anda. Jika anda ingin membuang LEMAK tersebut apa yang penting adalah kuasa tindakan anda. Makanan yang dicadangkan adalah booster untuk menggalakkan anda membuang LEMAK kesayangan anda itu.

Saya sedia membantu anda membuang LEMAK tersebut supaya orang sekeliling anda terkejut dengan perubahan drastik anda! Ingat, LEMAK bukan pilihan!



Jadi tunggu apa lagi? Klik untuk membuat pesanan sekarang.
Atau hubungi saya untuk Tips Rahsia yang lain!


Irwan Lee
011-27059209
"Tiada Lemak Hidup Bergaya"
























No comments:

Post a Comment