Keperluan Vitamin Seharian Untuk Hidup Sihat Sejahtera


       Vitamin dan mineral adalah penting untuk keperluan seharian untuk hidup sihat dan tanpa bahan-bahan tersebut, kita tidak boleh berfikir atau bernafas, apatah lagi mencerna makanan atau berjalan-jalan di taman yang penuh dengan bunga indah serta arnab-arnab gemuk yang berlari berkejaran. Satu pemandangan yang indah bukan! 

                                                           
                                                                  Bersiar-siar di taman legakan stress

       Kebanyakan daripada kita tidak mengamalkan makanan yang seimbang,kurang berzat dan dalam jumlah yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Makanan laju (baca : fast food) sudah pasti menjadi pilihan dikala malas atau terlampau sibuk dengan kerja seharian. Natijahnya, badan jadi lemah lesu,kurang bertenaga dan amat mudah letih dan penyakit akan mudah datang sekiranya hal ini berterusan.

                                          
                                                                                 Mampu mengada iman yang teguh...!

8 Sebab Kenapa Perlu Makan Vitamin

 1) Masalah Penghadaman

·         Jika anda mengunyah makanan ibarat pelari pecut Watson Nyambek maka itu merupakan alasan yang kukuh untuk mengatakan “ YES” untuk vitamin. Tabiat anda yang mengunyah laju menyebabkan partikel makanan yang lebih besar lalu mengurangkan penyerapan nutrisi oleh badan.


2) Kopi dan Teh

·         Sekiranya anda pengemar kopi dan teh yang tegar maka beringatlah sebelum terkena. Kandungan kafein di dalam kopi dan teh mampu menghalang penyerapan nutrisi ke dalam badan kita. Bahkan kafein juga sekiranya diminum dengan banyak mampu mengurangkan rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang. Tapi teh dan kopi kan sedap…

                                     
                                                               Pagi-pagi menikmati kopi panas yang melegakan


3) Alkohol

·         Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.

4) Merokok

      Buat perokok dan penghidu asap rokok, anda sememngnya terdedah dengan bahaya kekurangan nutrisi. Amalan merokok boleh menyebabkan hakisan pada saluran penghadaman dan menyebabkan badan memerlukan vitamin C yang banyak untuk membaiki dinding sel yang rosak.

                                            
                                                                                              Everyone can smoke...

5) Pengamalan Diet yang Pelik!
·         Ramai diluar sana yang mengamalkan pemakanan diet tanpa mendapat nasihat daripada yang pakar. Kebanyakan diet mereka mengakibatkan kekurangan nutrisi seperti lemak sihat yang diperlukan oleh vitamin larut lemak( Vitamin A,D,E,K) untuk berfungsi. Ada juga diet tanpa sayur menyebabkan badan kekurangan vitamin daripada tumbuhan mahupun serat yang diperlukan untuk pencernaan. Diet tanpa makanan laut (protein) menyebabkan anda kekurangan vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia. Jadi anda memerlukan tambahan protein daripada makanan tambahan(supplement).

Tiba masanya untuk anda menjaga pemakanan.


6) Makanan Terlebih Masak
·         Kadang-kadang(selalu la juga) kita memasak sambil termenung. Teringat cerita jiran beli perabot baru sehingga sayur kita masak terlalu lama sehingga kehitaman. Perbuatan memanaskan semula makanan daging ataupun sayur juga boleh memusnahkan vitamin B,C dan E yang terkandung dalam makanan kita.

Terlebih masak la pulak...

7) Makanan Tin
·         Nak cepat punya pasal, makanan dalam tin sudah pasti menjadi pilihan utama. Sebenarnya nutrisi makanan tin bersebut sudahpun berkurangan akibat penyimpanan yang lalu lama.


8)  Makanan segera
·         Tahukah anda kandungan gula,garam,karbohidrat yang tinggi dalam makanan segera menyebabkan badan kita memerlukan vitamin B yang lebih untuk mencerna makanan segera kegemaran kita tersebut. Bahkan nutrisi dalam makanan segera tersebut belum terjamin ada walaupun iklannya tertulis “kaya dengan zat dan protein”.

"Maggi" satu jenama yang lejen sejak berzaman


10 Vitamin Yang Perlu Menjadi Pilihan Wajib Anda

1)  VITAMIN B1 (thiamine)

Sumber yang terbaik vitamin B1 adalah daripada biji bunga matahari. Jangan pula lepas ini anda pergi cabut bunga matahari di taman. Tujuan utama vitamin B1 dalam tubuh adalah untuk membantu badan anda menggunakan karbohidrat yang anda ambil setiap hari untuk menukarkannya kepada tenaga. Satu lagi tujuan utama nutrien ini adalah untuk menggalakkan sistem saraf yang sihat dan membantu mengekalkan penghantaran saraf yang betul di seluruh sel-sel.

2 )  VITAMIN B2 (riboflavin)

Satu lagi variasi vitamin B, riboflavin membantu badan memecahkan dan memproses tiga makronutrien (protein, karbohidrat, dan lemak), serta menggalakkan warna kulit yang sihat. Boleh la anda menjadi model. Untuk Dapatkan : Satu sumber yang baik vitamin B2 adalah hati anak lembu, yang membekalkan anda lebih 100% daripada keperluan harian anda, tetapi kerana kebanyakan orang tidak akan rela makan makanan ini, susu adalah sumber yang paling popular untuk sumber riboflavin. Satu gelas susu akan menyediakan hampir 30% daripada keperluan harian anda, jadi ini adalah cara yang mudah untuk memastikan anda mendapat cukup vitamin B2.


Segelas susu mampu memberikan anda tenaga!


3 ) VITAMIN B3 (Niacin)

Niacin adalah vitamin B ketiga dan juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga dan mengekalkan sistem saraf. Di samping itu, vitamin B3 juga menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.  Untuk Dapatkan : Daging dada ayam adalah sumber yang terbaik dan memberikan 72% daripada keperluan harian anda. Makanan lain yang mengandungi niasin termasuk tuna,ikan kembong,ikan bawal,aya dan ayam belanda.

4 ) VITAMIN C

Vitamin C adalah vitamin yang paling banyak diiktiraf bagi peranannya dalam membantu melawan selsema. Hal ini disebabkan oleh ciri-ciri antioksidannya yang membantu memastikan sistem imun anda selamat daripada radikal bebas yang anda hadapi. Akhir sekali, vitamin C adalah penting untuk mengekalkan tisu penghubung yang betul di seluruh rawan dan tendon dalam badan. Ramai individu biasanya berfikir oren apabila untuk vitamin C, tetapi oren sebenarnya mengandungi vitamin C lebih rendah berbanding strawberi, tauge, brokoli, lada, lobak merah, dan betik, yang menawarkan lebih 300% daripada keperluan harian anda.




Vitamin C dalam oren sebenarnya amatlah sedikit


5 ) Biotin

Biotin adalah nutrien yang juga membolehkan badan anda untuk memaksimumkan penggunaan nutrien lain yang menerima dan akan membantu mengekalkan bekalan darah merah anda. Oleh kerana badan anda bergantung kepada sel-sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan, Biotin akan menjadi amat penting bagi mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang kerap. Malangnya Biotin tidak ditemui dengan mudah dalam jumlah yang tinggi dalam banyak makanan, oleh itu pilihan terbaik adalah memastikan anda mengambil multivitamin yang baik  yang mengandungi nutrien ini. Sumber-sumber makanan boleh didapati  walaupun dalam jumlah yang sangat rendah termasuk hati, kekacang tomato, salad dan badam.

6 ) Asid Folik

Asid Folik adalah vitamin yang sangat penting bagi wanita yang sedang menunggu atau sedang hamil kerana dapat membantu untuk mencegah kecacatan kelahiran tiub neural. Di samping itu, asid folik juga akan membantu dengan penghasilan semula sel-sel baru dalam badan dan mencegah anemia. Satu cawan kacang merah terbukti menjadi satu sumber yang sangat baik asid folik dengan menyediakan hampir 90% daripada keperluan harian anda. Sumber makanan lain nutrien ini termasuk gajus, asparagus, bayam dan kacang hitam.


Kapten Popeye yang sentiasa makan bayan untuk kuat


7 ) VITAMIN A

Vitamin A, juga dikenali sebagai retinol, mempunyai fungsi utama untuk memastikan penglihatan yang sihat dan membantu menjaga sistem kekebalan tubuh badan. Vitamin A juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tulang. Oleh itu, vitamin A adalah penting untuk individu yang lebih muda untuk memastikan mereka mendapat cukup nutrisi. Satu daripada sumber terbaik vitamin A adalah lobak merah, secawan jus lobak merah mampu membekalkan lebih 600% daripada keperluan harian anda. Selepas itu, sumber-sumber lain yang baik termasuk bayam, ubi keledek dan bunga turnip.


Vitamin A daripada lobak merah segar


8 ) VITAMIN D

Vitamin D sering dirujuk sebagai '’vitamin cahaya matahari’’ kerana tubuh kita boleh memdapatkan  vitamin ini apabila berada dibawah cahaya matahari terutamanya pada waktu pagi. Tujuan vitamin D dalam tubuh adalah untuk membantu dalam penyerapan kalsium dan fosforus, memastikan tulang anda menjadi kuat dan sihat. Selain daripada sumber semula jadi cahaya matahari, vitamin D boleh diperolehi daripada susu dan juga salmon, udang, dan telur. Segelas susu akan memberikan anda kira-kira 25% daripada jumlah keperluan anda, jadi susu diminum secara teratur, cara tersebut adalah cara yang baik untuk mendapatkan kedua-dua kalsium dan vitamin D pada masa yang sama.

9) VITAMIN E

Vitamin E adalah  nutrien yang bertindak sebagai antioksidan dalam badan dan membantu untuk menggalakkan sistem imun yang sihat. Di samping itu, Vitamin E juga membantu aliran darah dan juga memainkan peranan penting dalam membaiki tisu badan, di samping penting untuk tujuan pemulihan daripada aktiviti lasak anda. Satu daripada sumber terbaik vitamin E adalah biji bunga matahari, dengan satu perempat daripada secawan memberikan anda hampir 90% daripada keperluan harian anda. Sumber-sumber lain yang baik untuk menambah kepada diet anda termasuk badam, buah zaitun, bayam, betik, dan lobak.


Biji bunga matahari yang kaya dengan Vitamin E


10 ) VITAMIN K

Akhir sekali, vitamin terakhir yang anda perlu memberi perhatian dalam diet anda adalah vitamin K. Vitamin ini penting bagi memastikan pembekuan darah anda. Jika anda terluka dan nutrien ini kurang, hal ini boleh menjadi satu keadaan yang sangat serius. Darah anda akan mengalir tanpa henti! Beberapa sumber yang sangat baik termasuk bayam, tauge, brokoli, dan salad.



Sihat Dengan Vivix Shaklee Yang Kaya Dengan Antioksidan Dan Sel Anti-Penuaan Semulajadi.


Apakah itu Vivix?

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol yang terdiri daripada kumpulan fitokimia yang mengandungi antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Kandungan berasal daripada campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine,Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.




Kenapa anda perlu mengambil Vivix?



·      Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

·  Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

·     Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.



Kebaikan Vivix Shaklee



o    Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan

o    Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
o    Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
o    Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
o    Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
o    Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
o    Membantu merawat penyakit parkinson
o    Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
o    Meningkatkan kesihatan imum badan
o    Menggalakan kesihatan keseluruhan


Keberkesanan Vivix










Kesihatan kita amat lah berharga. Berjaga-jaga sebelum kita terkena penyakit itu adalah langkah yang paling bijak. Apa salahnya keluarkan duit untuk badan yang sihat. Bukankah sihat itu lebih berharga daripada wang ringgit?




Jadi Apa Yang Anda Tunggu Lagi...!




Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya bersedia membantu anda.




















No comments:

Post a Comment