5 Cara Pantas Untuk Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu


       Sebagai seorang pemandu di luar sana, kita sudah pasti memerlukan cara pantas untuk hilangkan mengantuk ketika memandu. Apatah lagi apabila melibatkan pemanduan jarak jauh, terutama pada waktu malam. Apabila sudah letih sudah pasti "Inche Antuk"(rujuk kepada perihal mengantuk) akan bertandang tanpa diduga. Menjadi peneman setia kita sepanjang pemanduan bagai pontianak harum sundal malam. eh...!


Selain daripada berhenti sekejap di Rehat & Rawat (RnR) apakah cara terbaik yang boleh kita lakukan untuk sentiasa segar untuk berjaga ketika memandu?



Sebelum Memandu


1) Dapatkan tidur yang cukup malam sebelum (5-9 jam). 

Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, badan anda akan cuba untuk mmperoleh "hutang" tidur tersebut. Kesannya, anda akan berada dalam keadaan mengantuk sepanjang hari. Jadi jangan berhutang! 

tidur yang cukup membuat badan segar

2) Jadual berhenti rehat setiap 2 jam semasa perjalanan yang panjang.

Sekiranya anda merancang perjalana yang melebihi 4 jam, tetapkan waktu rehat untuk anda berhenti sekejap setiap 2 jam. Singgahlah sekejap di RnR ataupun stesen minyak berdekatan. Singgah makan cendol bakar tepi jalan sedap juga kan? 

3) Memandu bersama seseorang.

Orang cakap adalah fitrah manusia untuk hidup bertemn. Jadi, carilah seseorang untuk teman anda sepanjang pemanduan. Borak-borak kongsi cerita bersama co-driver. Manis bukan?

Hidup biar berteman..eh!


4) Elakkan memandu antara tengah malam dan awal pagi

Rancang perjalanan anda! Pilih waktu untuk memandu pada siang hari. Namun sekiranya anda tiada pilihan, pandu je lah. 

Elakkan memandu waktu malam melainkan anda batman


5) Elakkan alkohol dan ubat-ubatan yang mengantuk.

Sila semak label ubat anda. Pastikan tiada arahan "Jangan ambil ketika memandu". 

Elakkan ambil ubat sebelum memandu


6) Elakkan makan besar dan kemudian keluar untuk memandu.

Makan banyak. Pandu kereta. Mengantuk. Satu formula yang mudah bukan?

Makan & tidur. Jangan memandu!




Semasa Memandu

1)  Makan & Minum ( Bagi penggemar menguyah sahaja)

Anda sebenarnya boleh menggunakan aktiviti ini untuk sentiasa segar ketika memandu. aktiviti merangsang deria rasa anda ini akan menyebabkan mata anda segar dan sentiasa terbuka untuk menikmati makanan yang sedang anda nikmati. Kunyahlah epal,oren atau limau untuk memberi kejutan pada deria rasa. Makin masam pilihan anda semakin cepat deria rasa teruja. Namun, hati-hati ketika mengunyah. Anda sedang memandu!

Makan perlahan-lahan. Jika anda mempunyai snek (twiesties,Lays,super ring dll) makan mereka satu demi satu. Gigit dan kunyah perlahan-lahan untuk memastikan mulut anda sentiasa bekerja.

Makan perlahan. Biar slow asal selamat.


Minum minuman perlahan-lahan. Bagi penggemar kopi, sila nikmati kopi anda perlahan-lahan. Hirup minuman kafein anda umpama anda sedanag duduk santai ditaman pada petang hari sambil menikmani cappucino panas lemak berkrim. Namun awas! Pengambilan kafein yang berlebihan ada kesannya. Jadi pilih yang kurang kafein.

Elakkan gula. Gula menyebabkan kesan yang negatif (after effect) selepas pengambilannya. Walaupun gula mampu menyebakan anda segar ketika pengambilannya tapi selepas itu kesannya akan hilang serta merta. Inche Antuk akan kembali menyapa anda. Hei, adik manis. Sorang je ke?

Cute apa jadi macam awak?


Kunyah gula-gula getah. Aktiviti ini sudah pasti mampu membuatkan mulut anda sibuk. Walaupun anda bosan mengunyahnya, kunyahlah sebagai azimat untuk menghalau Inche Antuk menjelma. 

Kunyah ais atau makan biji bunga matahari. Aktiviti ini paling seronok! Umpama rancangan Fear Factor. Kunyah ais perlahan-lahan sehingga habis. Pilihan lain? Cari biji bunga matahari dan buka satu persatu kulitnya sebelum makan. Aktiviti yang melibatkan beberapa gerakan mampu memastikan otak anda sentiasa bekerja. Tapi, janganlah pula anda buang kulitnya di luar tingkap kereta. Please bro, don't do that. Ambillah beg plastik kitarsemula anda untuk letak sisa kulit. Sayang kebersihan kereta anda juga.

Kunyah ais. Bukan aiscream!


2) Sejukkan persekitaran

Jadikan suasana kereta anda sejuk! Rendah suhu kereta agar suhunya lebih sejuk daripada biasa. Suasana yang sejuk akan menyebabkan otak dan badan anda bertindak balas untuk memastikan badan anda lebih panas. Maka turut meyebabkan anda terjaga dan berpeluh.

Keadaan yang selesa turut menyebabkan anda mengantuk. Jadi pastikan anda berada dalam keadaan yang tidak selesa. Saya serius...! Keluar daripada zon keselesaan anda.

Anda juga boleh gunakan tisu basah atau sapu tangan basah untuk lap muka atau lehar anda. Anda akan rasa segar sedikit.

Jangan anda feeling frozen dengan Inche Olaf di dalam kereta pulak

Buka tingkap cermin kereta. Angin luar yang bertiup masuk ke dalam kereta turut boleh memberi kesegaran kepada anda. Buka tingkap sedikit dan jemputlah angin luar masuk dalam kereta kesayangan anda. Bagi pemakai kanta lekap, sila berhati-hati. Anda tidak mahu kanta lekap anda menjadi mangsa kemalangan nanti. 



3) Pasangkan musik

Sila dengar musik yang anda paling benci. Semakin musik itu menjengkelkan anda, semakin baik kesannya. Syaratnya, jangan sesekali mendengar musik kegemaran anda apatah lagi kalau musik tersebut berirama mendayu-dayu dan menyenangkan anda. 

Tukar stesen radio. Kalau boleh tukarlah ke stesen radio yang anda tidak pernah dengar atau tidak faham langsung. Seterusnya, tingkatkan volume ke maksimum. Selamat menjadi pendengar setia!

Pastikan radio tersebut bukan bahasa manusia!

Menyanyi kuat-kuat. Walaupun suara anda mampu mendatangkan guruh di langit, cubalah untuk menyanyi kuat-kuat di dalam kereta anda. Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat terpendam anda. Pastikan tingkap kereta ditutup rapat untuk mengelakkan pemandu lain yang lalu disebelah anda terkejut!



4) Lakukan aktiviti dalam kereta

Gelengkan kepala anda ke kanan dan kiri untuk membuat renggangan ringan. Tampar muka anda sekiranya perlu. 

Tolak tambah. Walaupun anda bukan penggemar matematik cara ini sebenarnya mampu mengurangkan rasa mengantuk sekiranya dilakukan dengan betul. Ambil posisi yang betul dan lakukan pengiraan tambah dan tolak dengan suara secara kuat-kuat. Aktiviti ini mampu membantu otak anda bekerja lebih laju untuk memastikan anda segar.

Patutla selama ni soklan tu nampak susah je


Menjerit kuat-kuat. Sebelum anda membuka mulut pastikan tiada orang yang lemah jantung disisi. Hormon adrenaline yang dirembeskan semakin laju dan tekanan darah anda semakin meningkat ketika anda menjerit. 



5) Ubah tetapan (setting) kereta anda

Jangan ingat smartphone anda sahaja ada tetapan(setting). Kereta juga ada. Pada waktu malam, hidupkan lampu dalaman kereta anda.. Kegelapan menyebabkan badan anda menghasilkan melatonin, hormon yang menyebabkan anda untuk tidur. Sekiranya badan anda sudah diserang Inche Melatonin, anda memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit tidur yang lelap untuk menghilangkan hormon ini.
Bukan ini yang saya maksudkan.

Ubah kedudukan kerusi kereta anda. Letakkan tempat duduk dalam kedudukan yang anda tidak pernah gunakan. Pastikan anda tidak menghalang bag udara




Keselamatan anda adalah yang utama. Sekiranya perlu berhentilah berehat di RnR yang selamat. Rehat dan minum minuman yang KURANG KAFEIN. Walaupun anda mahu hilangkan rasa mengantuk, pastikan diri anda tidak mendapat KESAN BURUK KAFEIN di kemudian hari.


Bagi membantu anda, saya suka cadangkan anda untuk mengambil Cinch Tea Mix untuk memastikan badan anda cergas sentiasa. Ramuan Teh Putih,Merah,Hijau Matcha mampu memberikan rasa Umph pada badan anda. Selain itu, ambillah B-Complex untuk meningkatkan metabolisme badan untuk badan yang lebih bertenaga pada waktu pagi. Alhamdulillah, saya sudah merasai kesannya. Anda bagaimana?


Sikap kita yang sentiasa melayan perasaan mengantuk itu sebenarnya boleh diubah. Yang mampu mengubahnya hanyalah diri kita sendiri. Jadi ambil langkah segera!

Segara hubungi saya untuk membuat pesanan. 
Cinch Tea Mix Semulajadi & B-Complex untuk kesegaran.








3 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas tips yang dikongsi. Teruskan lagi ya! Apa yang kita share dalam blog ini semuanya inshaAllah akan jadi saham akhirat kita nanti bro :)

    ReplyDelete
  2. Slalu mmg makan dlu sebelum travel sbb susah nk berenti dgn ank2 kecik..tp mmg mengantuk sudahnye..nice info..tjanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. tips ubah seat tu macam menarik je kan :) apapun memang bagus tips kat atas. tq 4 sharing :)

    ReplyDelete